Borang Permohonan Keahlian
Keahlian DPIMWPKL adalah tertakluk kepada Perlembagaan Pertubuhan Induk Bercawangan yang telah ditetapkan.
Dewan Perdagangan Islam Malaysia WP Kuala Lumpur (DPIM) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysian Islamic Chamber of Commerce) (WPKLMICC) adalah sebuah pertubuhan cawangan kepada Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
Permohonan keahlian boleh dibuat menerusi Cawangan atau terus ke pejabat induk.
Setiap ahli DPIM haruslah membaca dan memahami terma dan syarat keahlian yang ditetapkan di dalam perlembagaan pertubuhan. Pengetahuan mengenai keahlian akan dapat membantu semua ahli mempunyai pemahaman yang jelas dan dapat menyatukan semua ahli dengan matlamat yang sama.
DPIMWPKL ialah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur dengan nombor pendaftaran PPM-004-14-08051993-000021
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdsYkpnihZQogjVXXZU1D4viryPPuT2Y_uW8-z4SSbnvOcFFw/viewform
Muat turun Dokumen Perlembagaan
https://www.dpim.org.my/wp-content/uploads/2019/03/Perlembagaan-Pertubuhan-PPM-004-14-08051993.pdf
Syarat-Syarat Ahli Biasa
- Umat Islam yang menjalankan perniagaan sebagai tuan punya tunggal, atau tuan punya bersama di dalam sesuatu firma yang berdaftar di bawah akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di Semenanjung Tanah Melayu atau Sabah atau Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan. Jika ia merupakan perniagaan bersama, semua rakan kongsi yang lain dalam firma tersebut mestilah juga terdiri dari Umat Islam. Seseorang yang memohon untuk menjadi Ahli mengikut peruntukan Fasal ini hendaklah mendaftar dengan mengunakan nama syarikatnya. Untuk tujuan itu beliau perlulah mendapat kebenaran daripada rakan-rakan kongsi yang lain membenarkan beliau bertindak sebagai penama bagi syarikat tersebut, dengan syarat bahawa jika sekiranya Pendaftaran Perniagaan bagi firma ataupun syarikat tersebut dibatalkan atau terbatal; atau namanya telah digugurkan daripada syarikat berikut, maka keahlian beliau akan gugur dengan sendirinya.
- Umat Islam yang menjalankan perniagaan di Malaysia yang dilesenkan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan di Malaysia atau mana-mana pihak yang berkuasa di Malaysia.
- Umat Islam berdaftar dengan sesuatu badan profesional yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Syarikat Pernigaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 dan dimiliki oleh sama ada Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri dengan syarat bahawa Majlis Tertinggi DPIM hendaklah diberi kuasa menentukan status syarikat ini dari masa ke semasa.
- Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Starikat 1965 Malaysia dan dimiliki seratus peratus (100%) oleh Umat Islam.
- Koperasi yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan Koperasi 1948 yang dimiliki seratus peratus (100%) oleh Umat Islam.
- Yayasan yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Pertubuhan 1966 yang dimiliki oleh Umat Islam.
Syarat-syarat Ahli Korporat
- Mana-mana Syarikat yang didaftarkan di bawah mana-mana Akta Parlimen di Malaysia yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur, yang mana sahamnya dimiliki sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%) oleh Umat Islam/ kepentingan Islam.
- Mana-mana Syarikat Perniagaan Sdn Bhd dibawah Akta Syarikat 1965 dan Berhad bawah akta Syarikat 1965, dimiliki sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%) sahamnya oleh Umat Islam dan mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM 100,000.00
- Mana-mana Institusi atau Organisasi yang berdaftar dimiliki sekurangsekurangnya lima puluh satu peratus (51%) sahamnya oleh Umat Islam atau Kepentingan Umat Islam.
- Mana-mana Institusi Awam dan Institusi Kewangan yang berdaftar dan dimiliki sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%) sahamnya oleh Umat Islam.
- Mana-mana Syarikat Koperasi yang berdaftar dimiliki sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%) sahamnya oleh Umat Islam.
- Mana-mana Syarikat Profesional yang berdaftar dan dimiliki sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%) sahamnya oleh Umat Islam.
- Mana-mana Individu Profesional Muslim yang berdaftar.
- Mana-mana Syarikat Perkongsian yang berdaftar dan dimiliki sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%) sahamnya oleh Umat Islam.
Syarat-syarat Ahli Bersekutu
- Individu Muslim yang berkerja dengan Institusi atau Syarikat yang tidak layak menjadi Ahli Biasa atau Ahli Korporat.
- Syarikat atau Institusi yang majoritinya dimiliki oleh bukan Islam.
- Syarikat yang diperbadankan mengikut Fasal 4.3.2 yang ekuitinya dimiliki kurang 51% oleh Umat Islam.
Syarat-syarat Ahli Bergabung
- Mana-mana persatuan, badan atau pertubuhan pernigaan yang ahlinya seratus peratus (100%) Umat Islam yang suka bekerjasama dengan DPIM.
Comments
Post a Comment